Friday, December 19, 2014

RAHSIA WANITA SYURGA



Tajuk buku: Rahsia Wanita Syurga; Untaian Mutiara Hadis Rasulullah saw
Penulis: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin
Karya: Bahasa Melayu
Penerbit: Aisyah Humaira Publication
Saiz buku: 8.2" x 5.8"
Bilangan mukasurat: 281 ms tidak termasuk kulit

Cadangan bacaan:
Bacaan peribadi, perbincangan usrah, diskusi ilmiah

Harga: RM 32

Syurga yang Maha Indah hanya akan didiami oleh mereka yang begitu terpilih. Bagi wanita, Allah dan RasulNya telah menyampaikan khabar gembira bahawa mereka pasti mampu menikmati keindahan syurga hanya dengan melaksanakan beberapa perkara. Demikian juga wanita mudah jatuh ke jurang neraka tatkala dia melakukan beberapa perkara. Semuanya telah dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadis-hadis Baginda yang mulia. Formula rahsia untuk menjadi wanita syurga dikupas dengan begitu terperinci melalui buku ini.

RAHSIA WANITA SYURGA menampilkan kupasan hadis-hadis berkaitan wanita dalam suatu bentuk penampilan moden yang disesuaikan dengan fenomena semasa. Buku ini memilih 10 hadis sahih mengenai wanita yang perlu diteliti oleh para wanita perindu syurga, juga buat para lelaki yang mempunyai tanggungjawab atas wanita-wanita di sekitar mereka. Selok-belok jalan menuju syurga perlu dipelajari agar para wanita tetap melangkah pada landasan yang tepat. Sesungguhnya cita-cita mulia untuk mendiami syurga abadi perlu diiringi dengan ilmu dan amal agar impian ini mampu menjadi kenyataan.

Monday, June 30, 2014

Adab-adab berpuasa

Alhamdulillah, hari ni adalah hari ke-2 kita di bulan Ramadhan yang berkat. Kali ini kita melihat beberapa adab-adab yang perlu dilakukan dalam menjalani ibadah yang penuh dengan rahmat Allah ini.

Adab-adab puasa:

1.       Menyegerakan berbuka
Apabila kita dah yakin matahari telah tenggelam, kita perlu segerakan berbuka puasa. Paling mudah pada masa sekarang adalah apabila kita dengar azan maghrib.

Dalil boleh dilihat daripada riwayat Tirmizi dan Abu Daud yang bermaksud:
Nabi SAW berbuka sebelum solat maghrib dengan beberapa biji kurma basah. Sekiranya tiada kurma basah, maka baginda berbuka dengan tamar kering. Sekiranya tidak ada juga, baginda menghirup beberapa teguk air, sesungguhnya ia adalah suci

2.       Bersahur
Makanan yang dimakan pada akhir malam dikira sebagai bersahur. Hikmah bersahur dalam menguatkan badan kita semasa menjalani ibadah puasa disiang hari.

Bersahurlah walau dengan seteguk air (Mawarid Az-Zham’aan : 884)

3.       Melewatkan sahur
Apabila fajar hampir terbit, kita disarankan untuk berhenti bersahur.
“Ummatku berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur” Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya (5/147)

4.       Tidak berbekam dan seumpama dengannya
Amalan berbekam pada siang hari di bulan Ramadhan boleh menyebabkan badan terasa lemah. Maka amalan bekam pada waktu ini amat tidak digalakkan.


5.       Banyakkan bertadarus, bersedekah, membaca Al-Quran dan beriktikaf dimasjid terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan

Banyak lagi amalan lainyang boleh kita lakukan. Moga diakhir bulan ini kita mampu memperoleh ijazah taqwa hasil pembelajaran universiti Ramadhan.

Thanks for reading :)