Tajuk buku: Menggapai Cinta Ilahi
Penulis: Ustazah Qurrotul Aien bt Fatah Yasin
Penerbit: Cahaya Alami Enterprise
Saiz buku: 4.1" x 2.9"
Bilangan mukasurat: 28 ms tidak termasuk kulit
Cadangan bacaan:
Bacaan peribadi, hadiah perkahwinan, cenderahati tetamu, diskusi ilmiah, perbincangan usrah
Harga: RM 3
Isi Kandungan
Setitis Tinta Dari Penulis
|
|
Siapa Diriku Sebenarnya?
|
|
Bagaimana Membina Cinta Pada Allah?
|
|
Penghalang Cinta Allah
|
|
Indahnya Hidup Dalam Dakapan CintaNYA
Sinopsis Buku:
Menggapai Cinta IIahi merupakan kewajipan bagi setiap yang bergelar muslim. Tidak ada pilihan untuk seorang muslim jika ingin mendiami syurgaNya, maka dia harus memiliki cinta Allah kerana cinta itulah yang akan membuatkan Allah kasih kepada seseorang sehingga dia layak memasuki syurga Allah dengan rahmatNya.
Sabda Rasulullah saw: "Berfikirlah tentang ciptaan Allah dan janganlah kamu berfikir mengenai Zat Allah." Sesungguhnya mengenali diri sendiri dan penciptaannya yang unik itu merupakan satu jalan menuju cinta Allah. Bermula dengan mengenali diri, mengetahui jalan menuju cintaNya, mencantas segala penghalang ke arah cintaNya dan menjiwai keindahan cinta Ilahi itulah saluran yang bakal menemukan kita pada sebuah kebahagiaan hakiki di dunia mahupun akhirat.
Cinta itu membuatkan setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan dunia ini terasa kecil kerana ada Allah yang Maha Besar. Cinta itu membuatkan cercaan manusia tidak menggugat waja kerana ada Allah Yang Maha Pengasih. Cinta itu membuatkan ibadah terasa indah kerana ia dipersembahkan buat Sang Kekasih. Cinta itu juga menghilangkan kedukaan tatkala keseorangan kerana ada Allah Yang sentiasa bersama.
Buku ini diiringi dengan gambar-gambar lukisan yang membantu kefahaman para pembaca dan menambah keasyikan dalam menggapai cinta Ilahi.
|