Tajuk buku: Nota Praktikal Menuju Alam Perkahwinan
Penulis: Ustazah Qurrotul Aien bt Fatah Yasin
Penerbit: Cahaya Alami Enterprise
Saiz buku: 4.1" x 2.9"
Bilangan mukasurat: 36 ms tidak termasuk kulit
Cadangan bacaan:
Bacaan peribadi, hadiah perkahwinan, cenderahati tetamu dalam kenduri perkahwinan
Harga: RM 3
ISI
KANDUNGAN
Kenapa perlu berkahwin?
Hukum-hukum perkahwinan
dalam Islam
Memilih kekasih hati
dunia akhirat
Pertunangan
Amalan sunat ketika akad
nikah
Walimatul ‘arus yang
penuh berkat
Menghadapi malam pertama
Adab-adab persetubuhan
Mandi wajib
Hak dan tanggungjawab
suami isteri
Pesan buat pengantin
Bibliografi
Sinopsis Buku:
Islam mendidik agar anak yang telah baligh mula mempelajari ilmu berumahtangga, bukan sekadar yang zahir malah yang batin. Sekiranya Islam tidak menyediakan bentangan ilmu ini, maka para Orientalis dan golongan taghutlah yang akan membentangkannya kepada generasi muda Islam kerana sesungguhnya generasi muda ini sudah mula mempunyai kecenderungan ke arah hubungan cinta sesama insan. Hasilnya, rata-rata masyarakat Islam menjalani bahtera rumahtangga dengan berkiblatkan Barat sehingga perkahwinan berlaku dalam bahtera yang dikemudi oleh nakhoda bermuslim berfikiran barat. Maka lahirlah dari situ generasi muslim yang keras hatinya dari menerima hidayah Allah.
Sekalipun telah menjadi ibu bapa, ilmu perkahwinan etap terus didalami khususnya buat memelihara zuriat keturunan mereka dari menuruti jejak yang salah dalam melayari bahtera rumahtangga. Bermula dari walimatul 'arus atau kenduri kahwin yang diadakan tanpa berlandaskan syariat, maka bermulalah sebuah alam rumahtangga yang tidak diberkati Allah swt. Ibubapa sangat berperanan dalam memastikan kelestarian rumahtangga anak mereka bermula dari penetapan kadar mahar, kenduri kahwin sehinggalah anak mereka memiliki zuriat.
No comments:
Post a Comment