Tajuk buku: Tafsir Surah al-Kahfi
Penulis: Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Karya asal: Bahasa Melayu tulisan Jawi
Alih aksara: Jawi kepada rumi
Penyunting: Ustzh Wahibah Hj Tahir & Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin
Penerbit: Aisyah Humaira Publication
Saiz buku: 5.8" x 8.2"
Bilangan mukasurat: 262 ms tidak termasuk kulit
Cadangan bacaan:
Bacaan peribadi, perbincangan usrah, diskusi ilmiah
Harga: RM 30
Sinopsis Buku:
Dikhabarkan oleh Ali bin Abi Talib, Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud, “ Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia terpelihara sehingga lapan hari daripada fitnah yang melanda, dan sekiranya keluar dajal sekali pun, dia akan terpelihara daripadanya.”
Kitab Tafsir Surah Al-Kahfi ini menekuni setiap satu hikmah yang berjaya dikutip didalam surah penuh barokah ini. Al-kahfi yang bermaksud gua, sendiri, telah memberi gambaran berkenaan salah satu peristiwa yang tersingkap disebalik surah ini. Turut melatari kitab ini adalah rahsia Zulkarnain serta pengembaraan Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS.
Sedari dulu hingga kini bahkan buat selamanya, Al-Quran unggul sebagai pedoman manusia sejagat. Kitab ini turut menegaskan perihal keesaan Allah SWT yang tidak ber’anak’ dan juga tidak diper’anak’an.
Manusia hidup didunia hanya sementara dan Islam adalah agama terbaik buat umat manusia. Kemenangan Islam di muka bumi ini adalah bukan kerana kebendaan. Bahkan kerana Allah yang Maha Berkuasa yang selalu akan menjaga Al-Quran dan agamaNya. Pengakhiran hidup manusia adalah akhirat. Pengakhiran dunia adalah kiamat. Kedasyatan hari kiamat turut digambarkan didalam kitab penuh hikmah ini.
Semoga sedikit usaha dalam menafsir surah Al-Kahfi ini membantu kita untuk lebih akrab dengan Allah SWT. InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment